Guna kereta persendirian angkut penumpang, KENAPA TAK NAK AMBIL LESEN YA?

teksi-3

Undang-undang tentunya dicipta untuk kebaikan supaya kita dapat hidup dalam suasana aman sejahtera.

Undang-undang yang melibatkan perlesenan misalnya, secara tidak langsung membolehkan pihak berkuasa memantau segala kegiatan atau operasi yang dijalankan oleh mana-mana pihak.

Perkhidmatan teksi misalnya, orang ramai pastinya berasa yakin apabila menggunakan kenderaan berlesen tersebut. Ini kerana, pemandu teksi yang memiliki lesen sah tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu periuk nasi mereka.

Tambahan pula, identiti mereka dikenalpasti oleh pihak berkuasa tempatan.

Baru-baru ini tersebar insiden rusuhan melibatkan pemandu teksi dan kereta sapu haram – Uber di Indonesia. Insiden sedemikian sudah dijangka berlaku apabila melihat beberapa siri bantahan pemandu teksi terhadap Uber yang semakin berleluasa di sana.

Begitu juga di Malaysia, suasana hangat kedua-dua kumpulan tersebut semakin hari semakin merisaukan. Pemandu teksi pastinya memiliki sebab tersendiri kenapa mereka begitu marahkan Uber yang tidak berlesen itu.

Namun yang demikian, pemandu teksi juga perlulah muhasabah diri sendiri. Kenapa mereka kurang mendapat pelanggan berbanding pemandu Uber. Adakah mutu perkhidmatan mereka lebih baik berbanding Uber? Bagaimana pula layanan mereka terhadap penumpang? Tahap kebersihan? Dan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab oleh pemandu teksi itu sendiri.

Bukanlah hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi pemandu Uber juga perlu patuh pada sistem perundangan negara ini. Penulis percaya perkhidmatan Uber semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat.

Namun alangkah baiknya anda memiliki lesen yang sah sekaligus membuktikan bahawa anda benar-benar berniat baik dalam menjalankan perkhidmatan untuk orang ramai.

Dalam masa sama anda dapat memudahkan operasi pemantauan pihak berkuasa dan mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian jenayah seperti rompak dan rogol yang acap kali berlaku di luarnegara.

Selaras dengan perundangan negara di bawah Seksyen 16, Akta Suruhanjaya 2010 Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang berhubung kait dengan pengangkutan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri pernah menegaskan bahawa, mana-mana kenderaan peribadi yang digunakan untuk mengambil pelanggan adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Sehubungan dengan itu, pihak-pihak seperti pemandu-pemandu Uber dan penumpang perlulah melihat akta di atas sebagai rujukan dan tidak secara sengaja melanggar undang-undang yang digubal demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s