Dendam media asing pada Malaysia

ABC Dendam pada Malaysia 2Sudah berkali-kali dijelaskan termasuk menerusi beberapa siri penerangan telahpun dibuat namun kepala-kepala anti-kerajaan berterusan mengkritik Perdana Menteri dengan menggunakan modal serangan 1MDB dan dana untuk parti 2.6bilion.

Benarlah, begitu sukar berhujah dengan orang-orang yang tidak mahu menerima kenyataan. Mereka hanya akan mengangguk bersetuju sekiranya jawapan yang diberikan mengikut kehendak mereka. Selain daripada itu, mereka hanya menggelengkan kepala. Bagi mereka, hanya kumpulannya sahaja yang betul. Tidak ada yang betul melainkan kumpulan mereka.

Kumpulan anti-kerajaan yang dikepalai DAP, PKR, Amanah, Ambiga dan sebuah kumpulan kecil digelar ‘Kumpulan Kecewa’ kekal konsisten menyerang Perdana Menteri dengan menggunakan isu kitar semula. Tiada lagi isu yang mampu dicipta setakat ini melainkan 1MDB dan dana untuk parti (BN) 2.6 bilion.

Agak pelik dimata rakyat apabila pemimpin anti-kerajaan ini tidak berputus asa dalam usaha mereka menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri yang dipilih secara sah di dalam pemilihan parti dan amalan demokrasi yang dipraktikkan menerusi pilihanraya.

Mandat yang diberikan rakyat untuk meletakkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia cuba dinafikan kumpulan anti-kerajaan sehingga memaksa mereka (kumpulan anti-kerajaan) melutut pada media-media asing yang berpangkalan di Australia dan Amerika Syarikat khususnya.

Tindakan ini sekaligus memperlekehkan lidah-lidah rasmi mereka seperti Malaysiakini, Roket Kini, Keadilan Daily dan lain-lain bagi meraih kepercayaan rakyat Malaysia.

Dengan menggunakan media-media asing seperti Wall Street Journal, ABC News dan Sarawak Report akan memperlihatkan ‘kekuatan’ atau ‘kesahihan’ berita yang dihidangkan kepada rakyat. Kali ini, kumpulan anti-kerajaan ingin memberikan mesej bahawa ‘pemerhati-pemerhati’ di luarnegara lebih kehadapan dan mengetahui setiap inci maklumat di Malaysia.

Dendam Media Asing pada Malaysia

(Baca juga DI SINI bagaimana cara wartawan ABC News berkerja bagi meraih perhatian sensasi)

Selepas dua wartawan Australia ditahan mengikut garis panduan keselamatan negara yang tidak dikompromi, agensi berita yang beribupejabat di Sydney bertambah emosi dan menyimpan dendam sehingga menerbitkan dokumentari semata-mata mahu memburukkan nama Malaysia. Dokumentari yang bertajuk ‘State of Fear: Murder and Money in Malaysia’ itu kemudiannya menjadi BAHAN RUJUKAN UTAMA pemimpin-pemimpin dalam kumpulan anti-kerajaan hari ini.

Kenapa perlu menggunakan ‘khidmat’ media Australia dan Amerika sedangkan 1MDB adalah dalam siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) iaitu sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen. Ia dianggotai oleh lapan orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima anggota pembangkang. Siapa mereka? Dari parti mana?

1. Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi PAC) – Ahli Parlimen Kepong (DAP)
2. Tony Pua Kiam Wee – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP)
3. Dato‘ Kamarul Baharin bin Abbas – Ahli Parlimen Telok Kemang (PKR)
4. William Leong Jee Ken – Ahli Parlimen Selayang (PKR)
5. Dato’ Takiyuddin bin Hassan – Ahli Parlimen Kota Bahru (PAS)

Apa lagi ketelusan yang diinginkan sedangkan pemimpin dikalangan parti pembangkang turut serta dalam jawatankuasa tersebut!

Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun 1MDB dan menyerahkan hasil penemuannya kepada PAC pada 4 Mac tahun lepas.

Begitu juga dengan sumbangan 2.6 bilion yang sudahpun dijelaskan berkali-kali. Apakan daya, kumpulan anti-kerajaan tetap menggelengkan kepala apabila penjelasan yang dibuat tidak sama dengan apa yang mereka kehendakkan.

Buat kumpulan anti-kerajaan, Suara Lensa nasihatkan sebelum mahu menyentuh soal intergriti, pemimpin anti-kerajaan sewajarnya terlebih dahulu mencerminkan diri sendiri, parti dan ahli keluarganya.

Misalnya isu baharu yang sedang diperkatakan dan BUKAN ISU KITAR SEMULA iaitu skandal banglo tanpa kolam renang.

Bagaimana pemimpin utama DAP Lim Guan Eng boleh terlibat dalam skandal pembelian banglo dengan harga yang lebih rendah dari pasaran? Paling mengecewakan, rakyat masih belum menerima penjelasan terperinci daripada Guan Eng yang juga merupakan orang nombor satu di Pulau Pinang!

Mungkinkah 2.6 juta itu bernilai kecil? Atau tanah di Taman Manggis untuk masyarakat miskin BUKAN isu membabitkan kepentingan rakyat?

Apa Lim Guan Eng atau bapanya Lim Kit Siang sebagai Penasihat DAP atau mana-mana pemimpin anti-kerajaan berani mendesak badan-badan berkuasa menyiasat perkara berkenaan? Apa benar kumpulan anti-kerajaan telus dan berintergriti tinggi?

Kenapa diam membisu? Kenapa gagal memberi penjelasan? Kenapa tidak melakukan siri jelajah, forum dan himpunan?

#TerimaFaktaTolakFitnah
#RakyatSemakinBijak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s