#PemanduTeksi ni sibuk nak protes jalanraya… Cerminlah diri sendiri dulu…

Taxi protes BB

Sesudah Subuh, seorang warga emas berusia lingkungan 50 tahun lengkap dengan kopiah putihnya akan terpacul di hadapan tempat menunggu teksi di Danau Kota – berdekatan dengan tapak Bazar Larut Malam Danau Kota (UpTown).

Si tua yang memiliki tubuh bersaiz kecil ini menjadikan teksi sebagai sumber pendapatannya sedari usia muda. Mengikut pemerhatian penulis, pemandu teksi ini sering melemparkan senyuman dan menyapa orang-orang di sekelilingnya.

Paling menarik tentang si tua ini ialah, keadaan teksinya sentiasa berkilat (tanpa pergi ke pusat cuci kereta / Car Wash) manakala dalamnya sentiasa berbau harum.

Walaupun menjadikan teksi sebagai kerjaya tetap sedari usia muda, si tua ini mampu menyara keluarganya di bawah bumbung rumah teres dua tingkat di atas tanah Kuala Lumpur – tanpa sekali mengharap belas ihsan orang lain.

Jika pembaca tidak mempercayai kisah ini, pergilah sendiri mencari beliau di tempat yang dinyatakan di atas. Pastikan anda berada di situ pada awal pagi kerana jika terlewat, beliau pasti sedang berada atas jalanraya membawa penumpang.

Hendak mencari ‘kekuatan’ seorang pemandu teksi seperti kisah di atas ketika ini adalah begitu sukar. Tidak semua tetapi rata-rata pemandu teksi ini terlebih emosi dan suka menyalahkan orang lain ketika berdepan dengan cabaran di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur.

Hampir kesemua pemandu teksi yang terlibat di dalam protes di Jalan Bukit Bintang baru-baru ini mendakwa Uber dan Grabcar sebagai penama utama yang menjejaskan periuk nasi mereka.

Dakwaan itu kemudiannya ditambah dengan adegan menuding jari apabila mengatakan pihak yang bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak melakukan apa-apa tindakan bagi membanteras kegiatan Uber dan Grabcar.

Barangkali segelintir pemandu teksi ini sibuk dengan bermain dam haji / catur dan menghirup segelas kopi berjam-jam lamanya sehingga tidak sempat membaca laporan-laporan yang sudah didedahkan SPAD terhadap usaha menangani isu membabitkan Uber dan Grabcar.

Sekali lagi Suara Lensa mengulang siar, sebanyak 470 kes direkodkan dari tahun 2011. Bagi tahun ini sahaja (2015), sebanyak 240 kes dibuka. Sementara 144 kes daripadanya melibatkan beberapa aplikasi. Ia termasuklah aplikasi :

Baca di sini untuk selanjutnya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s