Teksi VS Uber : Pengguna beri isyarat

Taxi-drivers-protest-jalan-bukit-bintang-4-630x355

Sejak kebelakangan ini pemandu teksi di seluruh dunia ‘menguasai’ sisi-sisi dada akhbar dengan penganjuran demonstrasi jalanan dan beberapa insiden pergaduhan.

Di London, pemandu teksi bertindak menyerbu pejabat operasi Uber dan membelasah seorang pemandu aplikasi atas talian itu.

Sebelum itu di Indonesia, satu demonstrasi besar-besaran diadakan di ibukota republik negara itu sekaligus mengakibatkan aktiviti trafik lumpuh buat seketika.

Begitu juga di Malaysia apabila sekumpulan pemandu teksi bertindak mogok di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga situasi ini hanyalah sebahagian daripada apa yang berlaku membabitkan pemandu teksi di seluruh dunia ketika ini. Tidak lain tidak bukan mereka mahu mendapatkan perhatian orang ramai serta melancarkan ‘perang’ terhadap perkhidmatan Uber dan seumpamanya.

Dalam masa sama mereka juga seolah-olah memberikan mesej bahawa hanya pemandu teksi sahaja yang layak membawa penumpang walaupun perkhidmatan yang diberikan dikategorikan sebagai ‘sampah’.

Baca selanjutnya… 

Leave a comment