#PemanduTeksi : “Aku tak goyang pun pada Uber”

Teksi

Sekalipun isu berkaitan rasa tidak puas hati segelintir pemandu teksi terhadap perkhidmatan atas talian, Uber kelihatan ‘sejuk’ namun hasutan kebencian terhadap pihak lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih giat disebarkan.

Ini berdasarkan pemerhatian penulis sendiri dan rakan-rakan apabila menggunakan perkhidmatan teksi bagi tujuan mengumpul maklumat berkaitan tahap kualiti pemandu teksi secara rawak.

Kata-kata maki hamun dan menyalahkan orang lain menjadi tajuk perbualan sepanjang menaiki beberapa buah teksi di sekitar ibukota. Kononnya dengan berbuat demikian, mereka mendapat simpati orang ramai. Menyalahkan pihak lain dan menyebelahi pemandu teksi yang dikatakan ‘dizalimi’.

Namun tidak semua pemandu teksi yang berfikiran kolot sedemikian. Masih ada pemandu teksi yang waras dan yakin pada sumber rezeki yang ditentukan Allah S.W.T (penganut Islam) dan mengikut kepercayaan masing-masing bagi bukan Islam.

Para pembaca mungkin terdedah dengan komentar-komentar negatif di media sosial. Tetapi disebalik itu, masih wujud komentar-komentar yang bersifat positif.

Antaranya pemilik akaun Facebook bernama Adam Azrye secara tegas menyatakan perasaan tidak gentarnya dengan kewujudan perkhidmatan Uber yang didakwa kononnya menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas teruk.

“Aku ‘driver’ teksi… Aku tak pernah goyang ada Uber atau Grab. Sebab aku keluar rumah, aku bekerja. Jadi aku tak melepak buang masa. Orang tahan, aku ambil je… Pergi mana, aku pergi je asalkan ada gaji.”

Baca selanjutnya…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s