Produk DOPSB ada di Coop Mart Felda Sg. Koyan 2 dan Tersang 3 bulan ini

CoopMart 3

Nama kedai runcit D’Mart atau Coop Mart bukanlah nama asing dikalangan masyarakat Felda seluruh negara.

D’Mart sudah wujud lebih daripada empat dekad dan ia merupakan salah satu daripada aktiviti perniagaan teras Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) dengan memiliki hampir 300 cawangan di seluruh negara.

Bagi mengukuhkan operasi dan perniagaan, D’Mart telah menjalani proses inovasi imej yang bersesuaian dengan model perniagaan runcit moden seperti planogram, susun atur dan konsep moden, kepelbagaian jenisan produk yang ditawarkan serta latihan intensif yang diberikan kepada kakitangan bersesuaian dengan perlaksanaan konsep peruncitan moden.

Dengan penglibatan D’Mart dalam Program Transformasi Kedai di bawah program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi &Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit Koperasi Malaysia), ia mampu memberikan impak dan meningkatkan keberkesanan jualan dan operasi harian.

Kini, Coop Mart juga nama yang cukup dekat dihati peneroka Felda apabila menawarkan harga murah termasuk barangan 1Malaysia. Lebih menarik, harga di kedai ini adalah lebih rendah berbanding kedai-kedai di bandar!

Baca selanjutnya,

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s